Potensi Rumpai Laut

Collagen Rumpai Laut – Adakah Rumpai Laut Mengandungi Collagen ?

Potensi Rumpai Laut
Review of:

Reviewed by:
Rating:
5
On August 13, 2014
Last modified:August 13, 2014

Summary:

Dapatkan maklumat lengkap berkenaan Khasiat Rumpai Laut, Kajian Collagen Rumpai Laut dan Produk rumpai laut

 

Apa Itu Collagen ?

Adakah rumpai laut mengandungi Collagen ? Kita sering mendengar tentang collagen tetapi apakah sebenarnya collagen itu ?

Secara amnya, collagen ialah sejenis protein yang dapat dihasilkan sendiri leh badan kita. Collagen merangkumi dari 25 % – 30 % protein di dalam badan kita. Ia adalah protein utama yang memberikan keanjalan dan kekuatan kepada kulit kita. Oleh sebab itu khasiat rumpai laut ini tidak dapat disangkal lagi.

Collagen juga banyak ditemui di kawasan seperti kulit , tendon , kornea , salur darah, tulang dan hempedu.

 

Collagen Rumpai Laut

Collagen Rumpai Laut

Gambar menunjukkan collagen di dalam struktur kulit kita. Pengurangan collagen di dalam kulit kita ( Ia terjadi secara semulajadi disebabkan faktor usia ) akan menyebabkan kulit berkedut dan tidak sihat ) 

 

 

 

Struktur Collagen

Struktur Collagen

 

 Struktur Collagen di dalam tubuh kita

 

Fungsi Collagen Di Dalam Tubuh Kita

  • Mengembalikan kenajalan kepada kulit kita kerana hampir 75 % protein did alam kulit kita terdiri daipada collagen
  • Mengembalikan seri kulit kita

 

Adakah Rumpai Laut Mengandungi Collagen ?

Soalan ini sering kedengaran di Internet . Ramai yang mengatakan bahawa rumpai laut mengandungi collagen. Ada pula yang mengatakan bahawa rumpai laut tidak mengandungi collagen. Disini , kami akan menerangkan dengan lebih jelas berkaitan isu ini .

Menurut artikel dari Dr Bahrain Samah MD (AM), RH (AHG) , RUMPAI LAUT TIDAK MEMPUNYAI KOLAGEN TETAPI BELIAU  TETAP MENGATAKAN BAHAWA RUMPAI LAUT SEBAGAI MAKANAN SUPER DAN SALAH SATU AGEN ANTIPENUAAN YANG BAIK.

 

Ini adalah transkripsi artikel Dr. Bahrain Samah, MD (AM), RH (AHG) terbit dalam akhbar Sinar Harian edisi KL/Selangor pada Mei 14, 2013.

Seorang blogger yang menulis artikel berjudul ‘Tiada Kolagen dalam Rumpai Laut’ menyatakan dalam artikelnya bahawa saintis tidak mendapati rumpai laut bermanfaat untuk awet muda. Menurutnya saintis mendapati beberapa jenis rumpai laut hanya bermanfaat untuk kanser dan tiroid.

Mungkin blogger ini masih belum dapat menyelami maksud awet muda dan kaitannya dengan pelbagai penemuan sains terhadap manfaat rumpai laut. Carian penulis menggunakan Google scholar dengan kata kunci ‘seaweed antiaging’ menunjukkan terdapat 3,600 judul berkaitan kata kunci ini. Setelah mengimbas beberapa halaman hasil carian tersebut penulis dapati terdapat pelbagai kajian sains telah dijalankan menunjukkan pelbagai jenis rumpai laut adalah besifat antipenuaan.

Sifat-sifat antioksidan, antikeradangan, mengharmoni fungsi kelenjar tiroid dan sifat anti-kanser merupakan antara sifat yang terkandung dalam sifat antipenuaan. Antipenuaan ialah sifat yang membantu seseorang awet muda. Apakah maksud awet muda? Dalam bahasa mudah ia bermaksud seseorang selalu kelihatan muda walau pun umur biologinya sudah tua.

Dalam artikel berjudul ‘Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen’ (Sinar Harian, 16 April 2013) penulis berpendapat bahan-bahan dalam rumpai laut Sabah yang membantu proses awet muda ialah antara lain polifenol, zink, magnesium, selenium, vitamin C, alfa-tocopherol, karotenoid dan fiber. Rumpai laut juga didapati mengandungi beberapa jenis vitamin B termasuk folat.

Carrageenan fiber larut

Beberapa hari selepas artikel tulisan penulis berjudul ‘Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen’ (Sinar Harian, 16 April 2013) tersiar, Professor Dr. Madya Mohamad Salleh Kamaruddin yang bertugas sebagai pensyarah nutrisi akuakultur di Universiti Putra Malaysia telah menghantar emel kepada saya. Beliau menunjukkan beberapa bukti hasil kajian antara lain sebuah kajian lama (1956) berjudul ‘Connective Tissue Growth Stimulated by Carrageenin.’

Carrageenin yang digunakan dalam kajian diekstrak dari lumut Irish (Chondrus crispus). Carrageenin ialah nama lama bagi Carrageenan. Kolagen tak larut (insoluble collagen) didapati terbentuk antara 5 – 9 hari selepas carragenin disuntik ke dalam tikus kajian. Rumpai laut Sabah Euchema cottoni kaya dengan kappa-carrageenan (mengandungi satu kumpulan sulfur untuk setiap unit disakarida).

Kolagen merupakan sejenis protein yang amat penting kepada tubuh manusia. Ia bukan sahaja diperlukan untuk membina tisu lembut, malah ia penting untuk pembinaan tulang, gigi, kuku dan saluran darah. Ia juga terdapat pada permukaan sel dan dasar membran sel. Seperti penulis nyatakan dalam artikel ‘Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen’, pertama rumpai laut tidak mengandungi kolagen dan kedua protein yang terdapat dalam rumpai laut hijau Sabah (berdasarkan pengambilan dos harian) tidak mencukupi untuk membina dan memulihara kolagen seluruh tubuh.

Kebanyakan orang percaya protein dengan pelbagai asid amino yang lengkap terkandung dalam rumpai laut membantu proses tersebut. Penulis pula berpandangan kajian perlu dijalankan untuk menunjukkan samada kandungan protein, bahan-bahan lain tanpa protein atau semua bahan secara lengkap yang membantu proses tersebut.

Pada pandangan penulis, oleh sebab kuantiti protein amat rendah (berdasarkan dos harian) maka bahan-bahan lain diperlukan untuk tujuan tersebut. Bahan-bahan yang dimaksudkan seperti yang penulis sebutkan dalam empat perenggan terakhir artikel ‘Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen’ termasuk antara lain polifenol, zink, magnesium, selenium, vitamin C, alfa-tocopherol, karotenoid dan fiber.

Rumpai laut juga didapati mengandungi beberapa jenis vitamin B termasuk folat. Selain itu carrageenan seperti dinyatakan dalam kajian usang (dianggap lapok oleh sesetengah pihak namun amat berguna) berjudul ‘Connective Tissue Growth Stimulated by Carrageenin’ juga membantu proses pembentukan kolagen.

Protein kitar semula

Kemungkinan besar semua bahan yang disebutkan membantu membina dan memulihara pelbagai komponen tubuh samada yang berasaskan protein atau pun bukan protein secara sinergi. Kepada mereka yang kurang mengambil makanan berprotein, kuantiti protein rumpai laut yang rendah akan dibantu oleh 100 hingga 300 gram protein yang di kitar semula setiap hari oleh tubuh dalam membantu proses awet muda.

Penulis nyatakan dalam artikel berjudul ‘Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen’, contohnya zink dan magnesium yang dibantu oleh folat serta fitokimia-fitokimia antisoksidan membantu ekspresi gen. Ekpresi gen yang sempurna membantu pelbagai jenis tindakan dan tindak-balas yang diperlukan organ sistem dalam membantu tubuh memulihara kesihatan. Hasilnya pengambilan dan penggunaan rumpai laut terutama apabila kedua-duanya dilakukan secara serentak dipercayai membantu seseorang mengalami awet muda.
Pengambilan(makan) dan penggunaan secara luaran rumpai laut Sabah Eucheuma cottoni didapati mempercepat proses penyembuhan luka. Sesetengah pihak berpendapat ia mungkin berpunca dari kandungan pelbagai jenis antioksidan seperti dinyatakan dalam laporan berjudul ‘Wound healing properties of Eucheuma cottonii extracts in Sprague-Dawley rats’ yang terbit dalam Journal of Medicinal Plants Research (2011). Sebaliknya penulis berpandangan bahawa ia berpunca dari tindakan pelbagai jenis bahan terkandung dalam rumpai laut yang bertindak secara sinergi.

Ramai pengguna yang telah biasa menggunakan produk berasaskan rumpai laut Sabah seperti mengambil dalam bentuk gel mendakwa kulit mereka tegang, najis lawas, penghadaman sempurna dan kurang/hilang sakit sendi/otot. Semua keadaan ini termasuk luka cepat sembuh membantu proses awet muda.

Akibat gila glamer

Selepas beberapa hari artikel penulis bejudul ‘Rumpai Laut Tidak Mengandungi Kolagen’, dua orang rakan bagi pihak penulis telah menegur seorang pemilik laman Facebook kerana telah bertindak secara tidak adil. Beliau yang mungkin gila glamer ini telah menampal foto sebahagian keratan akhbar yang tertera judul artikel tulisan penulis iaitu ‘Rumpai Laut tidak Mengandungi Kolagen.’

Di bawah foto tersebut hamba ALLAH tersebut menampal seluruh isi sebuah artikel yang didakwanya sebagai isi artikel yang tersiar dalam akhbar. Yang benar ialah artikel tersebut ditulis oleh seorang blogger dengan judul ‘Tiada Kolagen Dalam Rumpai Laut.’

Setakat ini lebih dari sepuluh ribu orang telah berkongsi maklumat ini. Kekeliruan yang timbul ialah orang menyangka artikel yang ditampal benar-benar disiarkan dalam akhbar. Setakat ini tiada sebarang jawapan apatah lagi tindakan daripada pemilik laman Facebook tersebut. Mungkin beliau terlepas pandang maksud niat tidak menghalalkan cara.

Sesungguhnya blogger yang menulis artikel tersebut tidak diketahui kredibilitinya. Mesej artikelnya didapati cuba mempengaruhi para pembaca dengan menyatakan tiada yang ajaib tentang rumpai laut dengan alasan terdapat pelbagai makanan dari darat dengan nilai nutrien yang sama atau lebih baik dari rumpai laut.
Apa pandangan penulis tentang rumpai laut? Penulis menganggap rumpai laut sebagai makanan super dan salah satu agen antipenuaan yang baik.

 

Anda boleh melihat fail pdf asal Dr. Bahrain Samah dari laman web UPM disini >> http://marcomm.upm.edu.my/imarcomm/v1/storeNewsClip/20130523132204.pdf

 

 

Keratan Akhbar artikel dari Berita Harian mengenai Rahsia Rumpai Laut Oleh , Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria , Pensyarah UPM Pada  15 April 2013

 

Dipercayai sebagai ejen penuaan untuk menambah kolagen

Rumpai laut yang dianggap ‘ibu kolegen’ mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.
Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit,” Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.

Menjamin kecantikan?
Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

 

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

 

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.

 

Lihat artikel sebenarnya di Berita Harian >> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahsiarumpailaut/Article/

 

Petikan akhbar Berita artikel Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria

 

Khasiat Rumpai Laut Berita harian baru

Khasiat Rumpai Laut Berita harian baru

 

Info berkenaan  Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria

Beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Akuakultur , Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

 

 

Sila rujuk info beliau disini >> http://www.agri.upm.edu.my/jakua_akademik.htm

 

Keratan Akhbar Yang Menyatakan Bahawa Rumpai Laut Boleh Bertindak Sebagai :

  • Agen pencerahan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinar lembayung (UV)
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit

 

Produk kosmetik rumpai laut

Produk kosmetik rumpai laut

 

Keratan artikel Berita Harian dari Dr Patricia Matanjun , pensyarah UMS mengenai khasiat Rumpai Laut :

  • Mengawal kandungan antioksida di dalam badan
  • Menigkatkan tahap kesihatan
  • Meningkatkan kadnungan serat dalam diet
  • Meningkatkan kolesterol HDL ( Kolesterol Baik)
  • Merendahkan paras trigiliserida dalam badan
  • Bertindak sebagai antikoagulan ( mengelakkan pembekuan darah )
  • Merendahkan tekanan darah tinggi

 

Potensi dan Khasiat Rumpai Laut 1

Potensi dan Khasiat Rumpai Laut 1

 

Potensi dan Khasiat Rumpai Laut 2

 

Dalam kajian beliau, beliau menghasilkan produk seperti :

 

Keropok Rumpai Laut

Keropok Rumpai Laut

 

Profil Dr Patricia Matanjun

 

Senarai kajian Dr Patricia Matanjun  >> http://www.ums.edu.my/library/index.php/publication/archive-publication-index/58-patricia-matanjun-dr

 

Kajian Prof Suhaila Mohamed

Prof Suhaila Mohamed melakukan pelbagai kajian ke atas rumpai laut . Info beliau >> http://www.ibs.upm.edu.my/ibsbi/sublaboratori/cancer/penyelidik.html

Kajian dari Prof Suhaila Mohamed yang menyatakan bahawa rumpai laut di Malaysia mempunyai kebolehan sebagai agen penyembuhan. Sila lihat cebisan artikel di abwah :

 

Collagen Rumpai Laut kajian

Collagen Rumpai Laut kajian

 

Collagen Rumpai Laut kajian 2

Collagen Rumpai Laut kajian 2

 

Penggunaan Rumpai Laut Sebagai Pengganti Garam

Prof Suhaila juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan rumpai laut dan darat dan telah menghasilkan produk KardioMate yang dapat memberi kesihatan kepada pesakit kardiovaskular

 

PROF DR SUHAILA menunjukkan estrak rumpai laut (cardio mate) dan kapsul rumpai laut.

PROF DR SUHAILA MOHAMED

 

Sila lihat artikel beliau tentang KardioMate di berita Harian disini >> http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rumpaigantigaram/Article/

Sila lihat artikel beliau tentang KardioMate di Institut Biosains UPM disini >>http://www.ibs.upm.edu.my/news/Garam.pdf

 

*Terdapat banyak lagi artikel / kajian dari pelbagai institut tentang khasiat rumpai laut di Malaysia. Insyaallah akan kami siarkan pada masa lain.

 

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan penulis ingin menyatakan janganlah kerana rumpai laut tidak mempunyai kolagen , kita menidakkan penggunaannya dalam kehidupan harian. Selain mempunyai pelbagai nutrien yang dapat bertindak sebagai agen anti penuaan, kegiatan ekonomi ini juga dapat membantu menigkatkan taraf kehidupan penduduk di pesisir pantai Sabah. Insyaallah

 

Dapatkan maklumat lengkap berkenaan Khasiat Rumpai Laut, Kajian Collagen Rumpai Laut dan Produk rumpai laut